
Chengai Indah Enterprise
151, Jalan Melati
Taman Desa Chengai Indah
Telok Chengai
06600 Jalan Kuala Kedah
Kedah Darul Aman
Malaysia
Tel & Fax : +604-771 6176
email : admin@biost2u.com.my
NBM Indah Trading
No. 1A, Pasar Bunga
Persiaran Tasik, Seksyen 14
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Malaysia
Tel & Fax : +603-5542 6862
Chengai Indah Enterprise
Portfolio
Women Sportlight ( English Version )
![]()
NBM Indah Trading
sebagai sebuah syarikat yang bertindak sebagai wakil pemasar utama
produk-produk keluaran Chengai Indah Enterprise yang mengusahakan
produk-produk berasaskan pertanian & bioteknologi berjenama
BIOST(Bio Indah Soil Treatment)™ yang kian mendapat sambutan yang
menggalakkan dari para penggunanya di seluruh Malaysia. Syarikat ini
juga menyediakan perkhidmatan rundingan & nasihat untuk membaikpulih
tanah tanaman yang bermasalah & mewujudkan peluang pemasaran dalam
bidang pertanian kepada para usahawan lain, terutamanya para
siswazah yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang
keusahawanan dan merealisasikan kempen kerajaan untuk menjadikan
bidang “pertanian suatu perniagaan”.

Terlibat dalam bisnes sejak sekolah rendah. Timbul minat apabila
sering menolong bapa berniaga secara kecil-kecilan di pasar-pasar
malam & pasar pagi. Mula menceburkan diri dalam bidang keusahawanan
secara sepenuh masa setelah tamat pengajian peringkat diploma dalam
bidang Kejuruteraan Elektronik (perhubungan) di Politeknik Sultan
Abd Halim Mu”adzam Shah (POLIMAS) Jitra Kedah, kerana tidak minat
untuk bekerja makan gaji. Walaupun pada awalnya kurang berminat
dalam bidang pertanian, tapi setelah melihat kejayaan bapa mencipta
produk yang diyakini & mendapat sambutan yang hangat dari pada
pengguna : BIO INDAH SOIL TREATMENT ( BIOST) maka saya menubuhkan
syarikat sendiri, iaitu NBM INDAH TRADING yang pada awalnya hanyalah
bertujuan untuk mengedarkan produk-produk keluaran syarikat bapa;
Chengai Indah Ent. Tapi hanya beberapa bulan selepas itu saya
memberanikan diri berhijrah ke Selangor untuk meluaskan lagi pasaran
ke kawasan lembah Klang, sebagai wakil pemasar utama sehinggalah
berjaya membuka sebuah kedai di Pasar Bunga, Persiaran Tasik Seksyen
14, Shah Alam & mempunyai cawangan di Pasar besar Giant seksyen 13
shah alam & mempunyai agen-agen pemasar sendiri di bandar-bandar
utama sekitar lembah klang
Saya tidak menyatakan yang saya telah berjaya namun saya sentiasa
memburu kejayaan kerana berpegang pada prinsip “jika orang lain
boleh melakukannya, kenapa tidak saya”. Yakin, tabah & sabar juga
adalah pegangan saya. Selain itu, sentiasa bersyukur di atas
Kurniaan – Nya, menerima kelebihan & kekurangan seadanya &
menggunakan kelebihan & keistimewaan sbg seorang rakyat Malaysia
berbangsa Melayu yang sangat bertuah & beruntung dari segala segi,
berbanding umat-umat di Negara lain. Saya juga berfikiran terbuka
dalam melaksanakan tugas & menghargai pandangan orang lain.

Tidak dinafikan saya pernah menerima pelbagai dugaan & cabaran
sepanjang penglibatan saya dalam bidang ini lebih-lebih lagi kerana
masalah “satus wanita” yang kadangkala menjadi punca sesuatu
permasalahan yang dihadapai. Kadangkala, sukar diterima di zaman
serba moden & canggih ini terdapat segelintir masyarakat yang masih
mendiskriminasi kaum wanita yang dilihat semakin maju dalam pelbagai
bidang. Saya pernah mengalami kesusahan mendapat sokongan &
penghormatan dari golongan ini ketika pernah menerajui beberapa
projek sehingga menimbulkan masalah-masalah yang tidak sepatutnya
berlaku kerana adakalanya sukar untuk mengikis sifat ego mereka yang
merasakan bahawa mereka yang patut mendahului dalam segala hal.Namun
begitu tidak semua bersikap sedemikian dan perkara ini dapat
dielakkan sekiranya kedua-dua golongan ini saling hormat-menghormati
& lebih berfikiran terbuka.
Matlamat saya adalah untuk membuktikan pada golongan muda lain,
khususnya rakan-rakan bahawa usia bukan penghalang untuk mencipta
kejayaan & jgn memandang sesuatu perkara itu dari sudut negetifnya
sahaja. Saya juga berpendapat, dikurniakan sesuatu kelebihan
bermakna kita perlu juga menggunakannya untuk membantu & berkongsi dengan pihak lain. Inspirasi saya adalah kedua-dua ibu&bapa saya
yang telah mendidik saya & adik beradik dengan cara mereka yang
tersendiri sehingga menjadikan kami berbeza & lebih berkeyakinan.
Doa mereka juga menjadi antara penyebab utama saya berada di sini
sehingga ke hari ini.
Dalam bidang ini masih banyak lagi yang perlu saya perbaiki terutama
jatidiri & sikap sendiri. Selain itu, dalam usia saya yang agak muda
ini saya perlu lebih banyak belajar & berkongsi pegetahuan dgn
orang-orang yang lebih berpengalaman, terutamanya apabila berhadapan
dengan masalah diskriminasi dalam pelbagai perkara dalam bidang
perniagaan ini.

Nasihat kepada golongan wanita yang ingin mencebur diri dalam peniagaan, yakin & jangan banyak bergantung pada orang lain. Mesti berani dan tabah, tegas & ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab.
